18 February 2008

Helen of Troy

Tersebutlah kisah dahulu kala,
Sebelum masehi itulah masanya,
Lahirlah Helen gadis jelita,
Idaman semua jejaka di dunia.

Perlu bertanding, dititah raja,
Kahwini Helen, hadiah johannya,
Menelaus dijadikan raja Sparta,
Satu lagi tanda kemenangannya.

Timbul masalah bagi tiga dewi,
Angkara gelaran si bidadari,
Dewi Aphrodite putera Troy memilih,
Bertemu Helen, janji diberi.

Putera Troy, Paris namanya,
Bertemu Helen saling jatuh cinta,
Helen dipujuk ikuti putera,
Troy dipilih jadi kediamannya.

Menelaus merasa telah dihina,
Troy dikatakan mencemar nama,
Perang bermula antara Troy dan Sparta,
Negara Troy menang akhirnya.

Siti Noor Sabrina 3L1
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang

EMAS

Untuk pengetahuan anda semua, saya dan Cikgu Sazali telah membuat akaun Multiply bagi EMAS di BPGHS.Gambar dan video-video yang telah diambil ketika aktiviti-aktiviti EMAS akan dimuatnaikkan ke akaun tersebut.

Sila kunjungi http://emasbpghs.multiply.com

10 February 2008

Syair

Syair:
  • setiap baris ada hubungan
  • 1 rangkap mempunyai 1 idea
  • 8-12 sukukata
  • monorima (a-a-a-a)

09 February 2008

Pantun

Pantun:
  • padat
  • ringkas
  • mesej jelas
  • 8-12 sukukata (1 kerat/ baris)
  • pembayang dan maksud
  • 2/ 4/ 8/ 16/ 32 kerat dlm 1 rangkap

Konsep pandangan semesta Melayu

Konsep pandangan semesta Melayu:
  • Konsep terhadap dunia (tumbuhan, binatang dll)
  • Konsep terhadap alam ghaib
  • Konsep terhadap sesama manusia (terhadap org lain)

Dalam pantun Melayu tradisional:

~terungkap falsafah (pemikiran) Melayu

~perasaan dan pandangan (nilai, etika dan keunggulan Melayu)

~pengalaman praktikal utk hidup (diteliti dgn kesabran org2 dahulu)

~alam sekitar:

  • penghuni kg (haiwan dll)
  • atur hidup agar seimbang dgn alam
  • ilmu yg diperolehi drpd pemerhatiannya diungkapkan

~analogi dan ibarat:

  • drpd pengalaman, ciptakan kias dan ibarat (analog)
  • alam menjadi sumber analogi
  • tergambar musim (persesi hidup)
  • mergastua dan flora berperasaan gembira, sedih dan kasih

Kesimpulan:

  • alam menjadi guru dan alat, metafora
  • menggunakan pemahaman alam sekeliling
  • dicipta, memanfaatkan alam dan fenomenanya