09 March 2008

Adikku Tasha

Begitu berlainan suasana di sini. Aku memikirkan tentang kesemua kenangan bersamamnya. Senyum yang sering dilihat di mukanya yang comel sudah lama menghilang. Aku sangat menyayanginya walaupun aku tidak dapat berjumpa dengannya banyak. Maklumlah, aku sedang menghabiskan pelajaran aku di Australia dan hanya dibenarkan balik pada hari cuti.

Ketika aku di bilik asrama, aku menerima panggilan daripada ayah. Beliau menyuruh aku pulang secepatnya kerana ada hal penting yang perlu dibicarakan. Memang aku mengaku bahawa aku ingin pulang secepat mungkin tetapi malangnya, pada hari keesokan aku ada ujian penting yang sedang aku mengulangkaji untuk. Lalu, ayah memberitahu aku bahawa ibu telah melahirkan seorang anak perempuan. Aku terperanjat tetapi berasa sangat gembira.

“Bila pula ibu mengandung? Ayah sudah memberikan nama pada adik?” aku menanyakan soalan demi soalan.

Ayah hanya dapat gelak meliahat gelagat aku. Beliau tidak tahu soalan mana yang harus dijawab dulu. Ayah menerangkan bahawa ibu yang tidak ingin memberitahu aku tentang perkara itu kerana ingin memberi aku kejutan. Ternyata idea ibu berjaya.

Dengan pantasnya, aku membeli tiket untuk pulang di internet. Aku tidak sabar untuk melihat adikku. Dialah satu-satunya adik aku. Aku terpikir jika mukanya seakan-akan muka aku. Begitu seronok mendapat seorang adik baru. Teman-teman aku semuanya menanyakan aku tentang kelainan watak. Setelah mendapat berita tentang adik, aku selalu tersenyum.

Pejam celik, pejam celik. Tanpa aku sedari, hari yang aku nanti-nantikan pun tiba. Aku hanya dijemput oleh ayah. Aku memang menghargainya tetapi yang ingin aku lihat ialah Tasha. Tasha, nama yang telah aku cadangkan untuk adik.

Bagi tiap cuti yang lebih dari satu minggu, aku akan pulang. Aku sering membawa Tasha keluar untuk menjalin kemesraan dengannya. Baru seminggu lalu kami telah meraikan ulang tahunnya yang keempat. Pada hari terakhir cuti aku, Tasha jatuh sakit. Kami membawanya ke klinik lalu diberitahu bahawa Tasha mengalami penyakit ginjal. Aku rebah setelah mendapat tahu tentang keadaan Tasha. Dia hanya empat tahun, tetapi sudah perlu mengalami ujian sedemikian.

Aku terpaksa membatalkan pemergian. Aku tahu bahawa jika aku pulang ke Australia, aku tidak dapat memberi perhatian pada pelajaran aku. Manakan tidak, ibu begitu sedih. Belaiu tidak selera makan dan matanya bengkak serta kemerah-merahan.

Ahli-ahli keluarga semuanya ke hospital untuk memeriksa darah. Aku adalah satu-satunya harapan bagi Tasha. Doktor membuat ujian-ujian yang diperlukan untuk memastikan bahawa darah aku sepadan dengan Tasha dan aku tidak sakit.

Aku menunggu di wad untuk doctor memberikan ubat pelali kepada aku. Aku mencapai gambar aku bersama Tasha yang dipetik oleh ibu ketika ulang tahun Tasha. Aku tidak menghiraukah tentang diri aku. Yang penting aku hanya ingin Tasha selamat.

Jika aku tidak dapat menjalani pembedahan dengan selamat pun tidak ada. Aku tidak rela melihat Tasha merara, apalagi pulang ke rahmatullah. Dia masih kecil dan ada banyak perkara yang belum dia lihat. Aku berjanji kepada din aku bahawaaku akan menjaga Tasha dengan sebaik mungkin jika kami berdua selamat.

Syukur alhamdulillah kami berdua selamat menjalani pembedahan tersebut. Tetapi, Tasha perlu ke dialysis tiap-tiap bulan untuk mencuci darahnya.

Sepuluh tahun berlalu aku kini sudah pun berkeluarga. Tasha duduk di rumah aku kerana ibu dan ayah sudah meninggal dunia. Tasha kini sering pulang lewat dan dan sering mendapat masalah maklumlah, kata remaja. Aku menyesal telah terlalu memanjakannya.

Kadang-kadang, Tasha pulang terus dari sekolah lalu keluar balik setelah menukar pakaian. Pada suatu hari, Tasha tidak pulang hingga pukul tiga pagi.

“Mengapa Tasha lewat sangat pulang? Nanti ada sekolah. Minggu depan sudah mula peperiksaan, aku mengingati Tasha. Teatpi, dia kelihatan seperti sedang hayal dan hanya menjeling aku lalu memasuki biliknya.

Suhu kepanasan aku semakin naik. Aku begitu kesal melihat akan perangai Tasha yang semakin menjadi liar. Jiran-jiran kondominium aku pandang serong kepada penghuni-penghuni rumah aku ini. Suami aku pula sedang bertugas di luar Negara selama enam bulan. Hari demi hari berlalu, dan Tashasering bangun lambat lalu tidak ke sekolah.

Ketikaaku di pejabat, aku mendapat panggilan dari pengetua sekolah Tasha beliau memberitahu aku bahawa Tasha akan dikeluarkan jika tidak pulang ke sekolah pada keesokan harinya.

Setibanya aku di rumah, aku mencari Tasha di biliknya tetapi tidak kujumpa. Kederangan suara seorang wanita lain. Aku membuka pintu dengan kerasnya dan tergaman melihat keadaan Tasha dan seorang wanita yang sedang berbogel di atas katil aku. Kali ini, aku betul-betul marah, Aku menolak wanita itu keluar dari rumah dalam keadaan sedemikian. Kemudian mencampak baju-baju sebelum menutup pintu. Biarlah dia pandai-pandai memakaibajunya tanpa kelihatan orang lain.

Aku memandang Tasha yang sedari tadi cuba menghalang aku daripada menghalau teman wanitanya itu. Aku menampar-nampar muka Tasha lalu membuka tali pinggang aku dan memukul Tasha. Aku seperti orang gila. Barang-barang di atas meja semuanya aku pecah-pecahkan.

Suami aku pulang dengan tiba-tiba dan beliau menghentikan aku daripada terus berkelakuan sedemikian. Mujur aku tidak memukulnya. Tasha diarahkan memakai baju lalu aku dibawa ke kamar. Aku berteriak kerana tidak ingin berada lebih lama lagidi bilik di mana perkara maksiat baru sahaja diperlakukan.

Aku menghantar Tasha ke rumah pemulihan akhlak bagi anak-anak gadis nakal kerana aku sudah tidak dapat tahan dengan perangainya yang sudah melampaui batas. Walaupun sedih kerana Tasha tidak dapat tinggal bersama-sama aku, aku tahu aku terpaksa melakukannya. Walau apa-apa pun yang terjadi, aku tidak menyesali keputusan yang telah aku ambil. Padaku, itulah pilihan yang terbaik.

Nama: Siti Noor Sabrina ( 21 )
Kelas: 3L1

TUJUH PUTERI TURUN BERSIRAM!!

Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang telah memenangi
tempat ketiga bagi 'Gema Puisi Artistik 2008' di NYJC
Kami juga telah memenangi anugerah bagi 'Lagu ciptaan terbaik'.