21 May 2008

Pak Belalang

Watak-watak:
  1. Pak Belalang
  2. Mak Belalang
  3. Raja
  4. Perdana Menteri
  5. Biduanda
  6. Juragan
  7. Isteri juragan
  • manusia atau pelakon
  • diberikan sifat-sifat termasuk perangai dan pemikiran malalui dialog, pemerian, tindakan iaitu aksi
  • nilai yang juga lahir dari dialog atau aksinya
  • adanya watak bundar dan watak pipih

Latar
Bila

  • Raja melayu
  • zaman dahulu kala

Tempat

  • istana
  • kapal
  • rumah Pak Belalang


Masa

  • zaman silam

Masyarakat

  • raja
  • bangsawan
  • nelayan
  • juragan (kelasi kapal/ nakhoda)


Suasana

  • emosi

20 May 2008

Kata Sendi

  • Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
  • Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

    Kata Sendi
    Penggunaannya
    Ayat Contoh


akan/ kepada/ terhadap
untuk menunjukkan emosi dan sikap
1. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
2. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.

bagi/untuk
untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
1. Jamuan itu bagi guru-guru baru.

dari
untuk menunjukkan tempat dan masa
1. Mereka baru pulang dari Johor.
2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.

daripada
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.

di
untuk tempat
1. Di dalam dompet itu ada wang.

dengan
untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat
1. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.

hingga/sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
1. Dia bekerja hingga malam.
2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.

ke
untuk tempat dan benda konkrit
1. Cawan itu terhempas ke batu.

kepada
untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri
1.Kes itu diserahkan kepada pihak polis.

oleh
untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter-
1. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.

pada
untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu
1. Perkara itu benar pada pandangan saya.
2. Serikaya itu disapukan pada roti.

sejak
untuk menyatakan makna suatu jangka masa
1. Dia tidak makan sejak semalam.

seperti/umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti.

tentang
untuk menyatakan makna mengenai sesuatu
1. Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

http://www.geocities.com/yus7441/ksendi.htm