23 April 2008

24 & 26 Mac 2008

Persoalan:

  • Isu (perkara yang hendak diutarakan)
  • Persoalan adalah isu atau hal yang penulis kemukakan dalam karyanya.
  • Persoalan-persoalan ini termasuklah sebarang hal yang bersangkutan dengan kehidupan, masyarakat dan sekitaran.

Pengajaran:

  • Boleh bermula dengan ‘Kita mestilah...’, ‘Kita haruslah...’ dsb.
  • Nasihat atau nilai-nilai yang diutarakan oleh penulis melalui karyanya.

*Pengajaran - Persoalan (isu) - Perutusan (mesej)

Plot: jalan cerita

  • Rentetan peristiwa (sequnce of events) dari awal ke akhir.
  • Pengenalan-> Konflik-> Klimaks -> Pengakhiran.
  • Plot adalah sesuatu yang menghubungkan setiap peristiwa signifikan dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa itu rapat hubungannya dengan gerak laku secara fizikal dan secara emosional watak-wataknya.
  • Sebab & Akibat
  • Hal-hal yang penting dikedepankan, yang tidak peting tidak perlu

a) Plot berkronologi:
disusun menurut urutan peristiwa dari mula hingga akhir cerita.


b) Plot tidak berkronologi:
Plot yang disusun tidak menurut urutan peristiwa. Cerita boleh bermula dari bahagian pertengahan, diimbas peristiwa-peristiwa sebelumnya lalu menuju ke arah pengakhiran cerita.

20 Mac 2008

Perutusan:
  • Mesej atau amanat seorang penulis hendak sampaikan melalui tema sesebuah karyanya.
  • Disampaikan melalui pelbagai cara.
  • Menyokong keunggulan plot dan tema.
  • Boleh berbentuk eksplisit atau implisit.

*Peristiwa dan sikap watak serta pengalaman dalam teks itu boleh dianalasis untuk mendapatkan perutusan.

17 Mac 2008

Tema: Perkara yang dibincangkan.

Kamus Dewan:
Subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita dan sebagainya, tajuk, pokok.


Glosari Istilah Kesusasteraan (DBP, 1988):

  • Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karaya sastera.
  • Dalam karya prosa yang bukan cereka(non-fiction), tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut sebagai tesis.
  • Dalam cereka (cerita rekaan), tema itu menjadi bantuan bagi pengarang memilih bahan-bahan dalam ceritanya itu dan untuk disusunnya.
  • Tema dalam sesebuah cerita tidak dapat dilihat sepenuhnya sehingga cerita itu selesai dibaca.
  • Dalam puisi dan drama, tema adalah konsep yang abstrak yang menjadi konkrit melalui karya, iaitu melalui cara-cara watak-watak bertindak, berfikir dan bergeak atau cara-cara watak-watak itu berkonflik antara satu sama lain, cara cerita itu diselesaikan, semuanya menentukan rupa tema yang dikemukakan oleh pengarang. Jadi pengertian yang terkandung di sebalik karya itulah yang dikatakan pokok persoalan atau tema.