23 April 2008

17 Mac 2008

Tema: Perkara yang dibincangkan.

Kamus Dewan:
Subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita dan sebagainya, tajuk, pokok.


Glosari Istilah Kesusasteraan (DBP, 1988):

  • Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karaya sastera.
  • Dalam karya prosa yang bukan cereka(non-fiction), tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut sebagai tesis.
  • Dalam cereka (cerita rekaan), tema itu menjadi bantuan bagi pengarang memilih bahan-bahan dalam ceritanya itu dan untuk disusunnya.
  • Tema dalam sesebuah cerita tidak dapat dilihat sepenuhnya sehingga cerita itu selesai dibaca.
  • Dalam puisi dan drama, tema adalah konsep yang abstrak yang menjadi konkrit melalui karya, iaitu melalui cara-cara watak-watak bertindak, berfikir dan bergeak atau cara-cara watak-watak itu berkonflik antara satu sama lain, cara cerita itu diselesaikan, semuanya menentukan rupa tema yang dikemukakan oleh pengarang. Jadi pengertian yang terkandung di sebalik karya itulah yang dikatakan pokok persoalan atau tema.

No comments: