24 July 2008

Jalan-jalan Raya Kotaku, Zam Ismail

RANGKAP 1
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati
  • Menerangkan keadaan kota pada waktu petang ketika hujan melanda kota di mana warga-warga kota terpaksa menunggu di dalam kenderaan mereka kerana terjadinya kesesakan jalan raya dengan hati yang begitu bengang

"Tika gerimis menabur benih"

  • Menunjukkan bahawa ketika itu sedang hujan.

"Lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati"

  • Menunjukkan bagaimana warga-warga kota tidak suka menunggu menyebabkan mereka harus menunggu dengan hati yang marah.


RANGKAP 2
Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

  • Menerangkan perasaan warga-warga kota yang tetap harus menunggu dan semakin lama merka menunggu, semakin marah mereka rasa. Ini kerana mereka tidak suka menunggu dan juga kerana mereka mula berasa bosan.

"Ketidaksabaran membengkak"

  • Warga-warga semakin marah apabila mereka tetap harus menunggu dan menunggu apabila terjadinya kesesakan jalan raya.

"Kebosanan mengigit pangkal rasa"

  • Warga-warga kota ini mula merasa bosan dengan keadaan yang harus mereka lalui itu.


RANGKAP 3
Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

  • Menerangkan mengenai warga kota pada zaman ini di mana mereka tidak lagi mempunyai adab & etika. Yang ada ialah keadaan yang kacau-bilau kerana mereka tidak boleh bersabar.

"budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku"

  • Ini menunjukkan ketiadaan adab antara warga kota kini.

"menghakis sopan santun seperti banjir kilat"

  • Menunjukkan bagaimana sopan santun telah pun pupus dengan cepatnya di dalam zaman ini. Oleh kerana itu warga-warga kota kini sudah tidak lagi bersopan-santun.

"yang hadir adalah keserakahan"

  • Menunjukkan bahawa huru-hara sahaja yang ada dalam kehidupan warga-warga kota ini. Tiada keharmonian di antara mereka disebabkan ketiadaan adab dan etika dalam diri mereka.


Rangkap 4
Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

  • Menerangkan bagaimana jalan-jalan kota kini semakin ganas dan manusia berkelakuan tidak sopan santun antara satu sama lain.

"jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan"

  • Menunjukkan bagaimana kota kini sudah tidak sedamai dahulu. Ini disebabkan warga-warga kota kini yang sudah lagi tidak beretika.

"perlumbaan kebiadaban para pesakit"

  • Warga-warga kota kini sudah tidak waras lagi. Mereka bukan ingin berlumba untuk menjadi orang yang baik. Mereka kerap bertengkar sesama sendiri da ingin menunjukkan siapa yang lebih biadab

"kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim"

  • Lama-kelamaan manusia tidak lagi mempunyai sifat perikemanusiaan antara satu sama lain dan huru-hara akan tercetus daripada sifat itu.

GAYA BAHASA

  • jalan-jalan -Kata ganda
  • tika gerimis menabur benih -Personifikasi
  • menerima kehadiran warga kota -Personifikasi
  • lelah meresahkan -Personifikasi
  • ketidaksabaran membengkak -Personifikasi
  • kesombongan merajai setiap ruang -Personifikasi
  • kebosanan menggigit pangkal rasa -Personifikasi
  • yang hadir adalah keserakahan -Personifikasi
  • santun -Personifikasi
  • memacu menghimpun -Alliterasi
  • sopan santun -Alliterasi
  • seperti banjir kilat -Simili
  • pinggir perjalanan -Alliterasi
  • para pesakit -Alliterasi

No comments: