28 July 2008

Anak Laut, Rahimidin Zahari

Mengupas Sajak 1 : Anak Laut oleh Rahimidin Zahari

Rangkap 1 :
Segar angin laut
mengembalikan rindunya pada kolek
bagai buih kecil terapung di air
menjaring sedikit rezeki
dan sisik ikan
kulit ketam
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati

  • Penulis rindu akan masa silamnya yang sering ke laut untuk mencari rezeki walaupun ia hanya sedikit
  • Laut itu sudah tidak berguna lagi untuk dijadikan sumber rezeki kerana tinggal beberapa kehidupan laut sahaja di laut itu


Ayat "mengembalikan rindunya pada laut" menunjukkan kerinduan nelayan itu kepada kolek tersebut.
Ayat "sisik ikan kulit ketam kepala sotong dan kaki udang yang bersimpati" pula menujukkan keadaan laut itu yang hanya tinggal yang tidak berguna lagi kerana hanya tinggal sebahagian anggota-anggota badan kehidupan di dalamnya.

Rangkap 2 :
Seperti kolek terdampar di pasir
menampakkan uarat jalur-jalur tua
anak laut itu sudah dapat menerka
langkahnya hampir tiba
pada mura Pencipta

  • Menceritakan bagaimana penulis ini tahu bahawa dia sudah tua seperti laut tersebut dan tidak lama lagi dia akan kembali kepada IIlahi.

Ayat "Seperti kolek terdampar di pasir menampakkan jalur-jalur tua" menunjukkan akan usia nelayan tersebut yang sudah tua.
Ayat "langkahnya hampir tiba pada muara Pencipta" pula menunjukkan singkatnya waktu yang tinggal pada kehidupan nelayan itu kerana tidak lama lagi, dia akan pergi menghadap yang Maha Esa.

Gaya bahasa:

  • Segar angin laut mengembalikan rindunya pada kolek (rangkap 1;baris 1 & 2) - Personifikasi
  • bagai buih kecil terapung di air (rangkap 1;baris 3) - Simili
  • bagai buih (rangkap 1;baris 3) - Aliterasi
  • Seperti kolek terdampar di pasir (rangkap 2;baris 1) - Simili
  • Seperti kolek terdampar di pasir menampakkan urat jalur-jalur tua (rangkap 2;baris 1 & 2) - Personifikasi
  • jalur-jalur (rangkap 2;baris 2) - Kata Ganda
  • jalur-jalur tua (rangkap 2;baris 2) - Hiperbola
  • anak laut itu sudah dapat menerka (rangkap 2;baris 3) - Personifikasi
  • kulit ketam (rangkap 1;baris 6) - Aliterasi

24 July 2008

Jalan-jalan Raya Kotaku, Zam Ismail

RANGKAP 1
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati
  • Menerangkan keadaan kota pada waktu petang ketika hujan melanda kota di mana warga-warga kota terpaksa menunggu di dalam kenderaan mereka kerana terjadinya kesesakan jalan raya dengan hati yang begitu bengang

"Tika gerimis menabur benih"

  • Menunjukkan bahawa ketika itu sedang hujan.

"Lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati"

  • Menunjukkan bagaimana warga-warga kota tidak suka menunggu menyebabkan mereka harus menunggu dengan hati yang marah.


RANGKAP 2
Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

  • Menerangkan perasaan warga-warga kota yang tetap harus menunggu dan semakin lama merka menunggu, semakin marah mereka rasa. Ini kerana mereka tidak suka menunggu dan juga kerana mereka mula berasa bosan.

"Ketidaksabaran membengkak"

  • Warga-warga semakin marah apabila mereka tetap harus menunggu dan menunggu apabila terjadinya kesesakan jalan raya.

"Kebosanan mengigit pangkal rasa"

  • Warga-warga kota ini mula merasa bosan dengan keadaan yang harus mereka lalui itu.


RANGKAP 3
Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

  • Menerangkan mengenai warga kota pada zaman ini di mana mereka tidak lagi mempunyai adab & etika. Yang ada ialah keadaan yang kacau-bilau kerana mereka tidak boleh bersabar.

"budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku"

  • Ini menunjukkan ketiadaan adab antara warga kota kini.

"menghakis sopan santun seperti banjir kilat"

  • Menunjukkan bagaimana sopan santun telah pun pupus dengan cepatnya di dalam zaman ini. Oleh kerana itu warga-warga kota kini sudah tidak lagi bersopan-santun.

"yang hadir adalah keserakahan"

  • Menunjukkan bahawa huru-hara sahaja yang ada dalam kehidupan warga-warga kota ini. Tiada keharmonian di antara mereka disebabkan ketiadaan adab dan etika dalam diri mereka.


Rangkap 4
Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

  • Menerangkan bagaimana jalan-jalan kota kini semakin ganas dan manusia berkelakuan tidak sopan santun antara satu sama lain.

"jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan"

  • Menunjukkan bagaimana kota kini sudah tidak sedamai dahulu. Ini disebabkan warga-warga kota kini yang sudah lagi tidak beretika.

"perlumbaan kebiadaban para pesakit"

  • Warga-warga kota kini sudah tidak waras lagi. Mereka bukan ingin berlumba untuk menjadi orang yang baik. Mereka kerap bertengkar sesama sendiri da ingin menunjukkan siapa yang lebih biadab

"kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim"

  • Lama-kelamaan manusia tidak lagi mempunyai sifat perikemanusiaan antara satu sama lain dan huru-hara akan tercetus daripada sifat itu.

GAYA BAHASA

  • jalan-jalan -Kata ganda
  • tika gerimis menabur benih -Personifikasi
  • menerima kehadiran warga kota -Personifikasi
  • lelah meresahkan -Personifikasi
  • ketidaksabaran membengkak -Personifikasi
  • kesombongan merajai setiap ruang -Personifikasi
  • kebosanan menggigit pangkal rasa -Personifikasi
  • yang hadir adalah keserakahan -Personifikasi
  • santun -Personifikasi
  • memacu menghimpun -Alliterasi
  • sopan santun -Alliterasi
  • seperti banjir kilat -Simili
  • pinggir perjalanan -Alliterasi
  • para pesakit -Alliterasi

16 July 2008

Naratif sajak 'Aku Menjadi Lebih Berani'

Sajak ini mengisahkan tentang seorang wanita yang telah mendapat tahu bahawa buah hatinya telah menduakannya. Setelah kejadian tersebut, wanita mempunyai lebih keyakinan dan mel;ihat biau hatinya sebagai seseorang yang tidak setaraf dengannya. Ini kerana mereka yang berbaju ungu dikatakan lebih tinggi tarafnya kerana warna ungu adalah lambang taraf yang tinggi. Pengalaman tersebut dapat memberikan pengajaran sehinggakan wanita tersebut tidak lagi takut akan tajamnya sebilah pisau dan menyedari bahawa sepatah kata adalah lebih bisa. Peristiwa tersebut akhirnya membuatnya lebih berani.

14 July 2008

Randai

Randai merupakan persembahan teater rakyat orang Minangkabau dari Sumatra Barat. Ia menggabungkan seni muzik, tarian, drama dan pencak silat. Jalan cerita yang sering ditonjolkan adalah berdasarkan cerita-cerita sejarah dan lagenda Minangkabau. Pada masa lulu, kaum lelaki memainkan watak lelaki dan wanita tetapi tidak lagi pada masa kini. Randai sering dipersembahkan pada setiap upacara tradisional dan perayaan.

- dipetik daripada Wikipedia

Randai di Multiply

Naratif sajak 'Anak Laut'

Sajak ini mengisahkan tentang seorang nelayan tua yang sudah bersara. Dia terkenang akan zaman mudanya . Rindunya dibagaikan seperti buih yang walaupun kecil tetapi bermakna. Dia terkenang akan usahanya mendapatkan rezeki, terkenang kehanyiran laut yang penuh dengan ikan, ketam dan sotong serta udang yang kakinya tergapai-gapai meminta belas kasihan agar di pulangkan ke dalam air. Kini, nelayan tersebut tidak berupaya lagi, tidak ada funsinya, seperti kolek di darat. Nelayan tersebut sudah tahu bahawa dia akan dibawa menghadap Illahi dalam masa yang cukup singkat.

01 July 2008

Bahasa Menjunjung Budaya

Lagu Tema Bulan Bahasa
Malay Language Month Theme Song

Mari Bangsaku, Mari Saudara
Come On My People, Come On My Brothers
Kita Gunakan Bahasa Bunda
Let's Use the Language of Our Mothers
Sebagai Lidah Penggugah Rasa
As the Tongue that Evoke Feelings
Cinta Bahasa, Cinta Budaya
Love the Language, Love the Culture
Demi Cinta Kepada Budaya
For the Love of the Culture
Kita Penatar Bahasa Bunda
We're the Guide of the Language
Bahasa Maju, Budaya Jaya
Language's Progress, Culture's Success
Maruah Bangsa Terpelihara
Dignity of the People Upheld

Korus:
Chorus:
Cintailah Bahasa Ibunda
Love the Language of Our Mothers
Cintailah Budaya Pusaka
Love the Culture We Inherit
Bahasa Yang Menjunjung Budaya
Language that held Culture High

Budaya Nilai Maruah Bangsa!
Culture's the Value of People's Dignity!

Ulang Korus 2x
Repeat Chorus 2x

Bahasa Yang Menjunjung Budaya
Language that held Culture High
Budaya Nilai Maruah Bangsa!
Culture's the Value of People's Dignity!